Tuesday, August 4, 2009

Renungan..

Sempena ramadhan akan tiba jomla sama2 kita muhasabah diri..aku ada terbaca 1 article ni..tiba2 tdetik plak keinsafan dalam diri aku yang penuh dhaif ni..So, aku rasa wajib aku share dengan semua.. aku just copy paste je ape yang di tulis oleh ustz mohd zawawi yusoh..tajuknye, SOLAT DAN LIMA JENIS MANUSIA..!



SUDAH LAMA KITA BERSOLAT, TETAPI NAMPAKNYE KEAJAIBAN DAN JAMINAN SOLAT YG DI SEBUT ALLAH MASIH SAMAR2 DALAM KEHIDUPAN KITA.
ALLAH MEMBERI JAMINAN DLM FIRMANNYA, BERMAKSUD : " SUADAH PASTI BERJAYA ORG MUKMIN IAITU ORG YG KHUSYUK DLM SOLATNYA." ( SURAH AL-MUKMINUN :1,2)

BUKANNYA KONSEP KEJAYAAN DAN CARA HENDAK MENCAPAI KHUSYUK, TETAPI ADA BEBERAPA JENIS DAN GOLONGAN SERTA GAYA BERSOLAT DI KALANGAN ORG ISLAM YG SEMUANYA MEMPENGARUHI PERANGAI DAN CARA HIDUP.

*JENIS PERTAMA
HARI INI, RAMAI UMAT ISLAM YG TIDAK BERSOLAT, BAHKAN RAMAI JUGA YG TIDAK TAHU HENDAK BERSOLAT.ADA YG MENAFIKAN KEWAJIPAN SOLAT, MEREKA JATUH KAFIR SBB ITU KADANGKALA PERANGAINYA DGN SI KAFIR TIDAK ADA BEZA.

* JENIS KEDUA
ORG YG MELAKUKAN SOLAT SECARA ZAHIR SAHAJA, MALAH BACAAN PUN MASIH TIDAK BETUL, TAKLID BUTA DAN MAIN IKUT2 ORG LAIN.
JADI, GOLONGAN INI SEKEJAP BERSOLAT, SEKEJAP TIDAK. JIKA ADA MASA DAN EMOSI BAIK, DIA BERSOLAT.KALAU SIBUK DAN ADA PROGRAM KENDURI, PESTA RIA, BERZIARAH, BERMUSAFIR, LETIH DAN PENAT, DIA TIDAK BERSOLAT.
ORG INI JATUH FASIK. TIDAK BELAJAR SOLAT MAHUPUN SECARA RASMI ATAU TIDAK. ILMU MENGENAI SOLAT IALAH APA YG DIPELAJARI KETIKA KECIL DAN TADIKA SAJA. GOLONGAN INI TERTOLAK, BAHKAN BERDOSA BESAR DAN HIDUP DLM KEADAAN DERHAKA KEPADA ALLAH.

* JENIS KETIGA
GOLONGAN YG MELAKUKAN SOLAT CUKUP 5 WAKTU, TEPAT ILMUNYA, FAHAM SETIAP BACAAN SOLAT, FATIHAH, DOA IFTITAH DAN TAHIYATNYA, TETAPI TIDAK MENGHAYATI DALAM SOLAT.
FIKIRAN MASIH MELAYANG INGATKAN PERKARA DUNIA. GOLONGAN INI DI KATEGORIKAN SBG SOLAT ' AWAMUL MUSLIMIN' DAN JIKA DIDIDIK SERTA DITAMBAH MUJAHADAH ( KESUNGGUHAN ), DIA AKAN BERJAYA DLM SOALT.

* JENIS KEEMPAT
GOLONGAN INI BAIK SEDIKIT DR GOLONGAN SBLMNYA TTP MAIN TARIK TALI DLM SOLATNYA.
SESEKALI KHUSYUK SESEKALI LALAI PULA. APABILA TERINGAT SESUATU DLM SOLATNYA, TERUSLAH TBAWA2, BERKHAYAL DAN SETERUSNYA.
APABILA TERINGAT ALLAH SECARA TIBA2, INSAF DAN SEDARLAH SEMULA, CUBA DIBAWA HATI SERTA FIKIRANNYA UTK M'HAYATI SETIAP KALIMAH DLM BACAAN SOLAT. BEGITULAH SEHINGGA SELESAI SOLATNYA.

* JENIS KELIMA
GOLONGAN YG MELAKUKAN SOLAT TEPAT ILMUNYA, FAHAM SECARA LANGSUNG BACAAN & SETIAP LAFAZ DLM SOLATNYA.
HATI & FIKIRANNYA TDK TERBAWA2 DGN KEADAAN SEKELILING SEHINGGA PEKERJAAN SERTA APAPUN YG DILAKUKAN ? DIFIKIRKAN DI LUAR SOLAT ITU TIDAK MEMPENGARUHI SOLATNYA.
WPUN DIA MEMILIKI HARTA DUNIA, MENJLNKAN KEWAJIPAN & TUGAS KEDUNIAAN SEPERTI PERNIAGAAN, SEMUA ITU TIDAK MEMPENGARUHI SOLATNYA.HATINYA MASIH DPT MEMUJA ALLAH DLM SOLAT. GOLONGAN INI DI SEBUT ORG SOLEH.

JIKA KITA BERADA DI PERINGKAT SATU, DUA, DAN TIGA, KITA SEBENARNYA BELUM SELAMATDAN MUNGKIN SOLAT TIDAK MAMPU MENDAPAT JAMINAN ALLAH.
SEBENARNYA BYK LG PERINGKAT SOLAT, TTP KETERBATASAN RUANG SEKADAR LIMA TAHAP INI RASANYA SUDAH BOLEH MUHASABAH DIRI MENGENAI TAHAP SOLAT YG KITA LAKUKAN.

IBADAT SOLAT BOLEH MEMBANGUNKAN JIWA DAN IMAN, MENJAUHKAN DRPD YG BURUK DAN MERUNGKAI MAZMUMAH ( SIFAT KEJI ), MENANAMKAN MAHMUDAH ( SIFAT TERPUJI ), MELAHIRKAN DISIPLIN HIDUP DAN AKHLAK YG AGUNG. SEMOGA SOLAT KITA AKAN BERLANGSUNG SEBAGAI MI'RAJ. AMIN...

itulah isi kandungannya..so, sama2lah kita berdoa dan berusaha agar kita tergolong dalam golongan yang solat kita diterima Allah..

Thursday, July 30, 2009

Influenza A H1N1..

Salam...
Dah lama aku tak jengah page aku ni..bukan ape, cpu aku kat opis ni masuk wad dah 2 minggu..balik umh nk guna laptop pun xde masa..kalo ada pun si budak kecik ni duk kaco je..ni cpu aku dah ok n ada mase la nk touch up page aku ni..
Entry kali ni macam serius sket..semua org dah maklum yang dunia sedang dilanda wabak berjangkit yang namanye "SELSEMA BABI" ni..tapi adakah semua orang tahu cara nak cegah penyakit ni merebak? tak pun ada yang dah tahu tapi buat2 tak tahu..ini ke namaye masyarakat bertanggung jawab??
aku ni sebenarnye nak citer pasal kes malam tadi..aku bawak anak aku g medical centre kat seksyen 9 shah alam..biasala, mlm memang ramai org..sementara tunggu husband isi borang, aku dudukla dulu..tiba2 mamat kat depan aku ni batuk2..yang teramat kuat! kalo batuk tu aku x kesah..dah duk kat spital..memangla ada org sakit kan..tapi masalahnye, dia batuk tak tutup mulut!!! bengang betul aku! tak ada kesedaran sivik langsung!!. dah kalo benda macam tu pun tak boleh buat, camane nak prevent penyakit ni?? pastu nak salahkan org / kerajaan sebab tak prevent penyakit ni..
Malam tadi husband aku cakap dia ada baca 1 article " WHO anggarkan 2/3 penduduk dunia akan mengalami influenza H1N1" emph..mcm takut pun ada..aku skang ni tak kuar sangat dah..nk g shopping pun pk 2 3 kali.. tak nak pegi tempat orang ramai2..bukan ape, kita tak tahu sape yang ada sekeliling kita ni..

Aduh..kalo kita je semangat nak prevent tapi org2 lain tak take serius benda ni camane???
Sendiri mau ingatla!!!

Adios..

Thursday, July 9, 2009

Kawan..

Salam sejahtera..ceh, opening macam bagus je...
Entry kali ni nak citer pasal kawan sket..walaupun ari ni bukan ari kawan sedunia atau peringkat daerah sekalipun.. aku cuma nak share something yang buat hati aku berbunga2 dua tiga ari ni..start ari isnin, aku duk giler ke benda ni satu..masuk2 keje je terus bukak benda ni..sampaila balik keje..sampai malam pun aku senyum sorang2 duk teringatkan benda ni..
Sebenarnye aku duk syok ngan facebook ni..Emph, nampak mcm x up to date kan? org lain dah lama dah duk ligan kat benda2 macam ni tapi aku ni baru dua tiga ari baru jumpa..katalah, korang nak kata apa pun..aku ni dh lama join FB ni..tp x aktif pun sbb mcm x menarik je..tapi bila aku tau ada board discussion untuk ex student KOLEJ YAYASAN TERENGGANU, aku tak pk panjang dah..aku on9 je slalu..dulu, aku payah nk on9 time keje...(bukan nak tunjuk baik la..tp byk keje wo..). nak sembang ngan kawan2 lama aku..
Best sangat2 rasanye..hanya Allah yang tahu perasaan aku skarang ni..bukan ape, bagi aku kenangan2 yang tercipta masa study kat KYT adalah yg paling bermakna bagi aku.. Macam2 yang kami lalui..suka yang amat sangat..duka yang amat sangat pun ada...pastu, semuanya satu kepala..
Bagi aku, kawan ni duk ranking nombor 2 lepas famili..setuju x? sebab dengan kawan, kita boleh share everything..no borders..apa saja topik kita bleh citer..tapi sejak kawin ni, aku rasa dah jauh ngan kawan2..yela, duk jauh..nk balik kampung banyak halangan..tapi, kawan2 pun bukan ramai duk kampung dah..masing2 ada tanggungjawab masing2..lagipun, nobody can replace my sweet frens in KYT!! sungguh!!( sebak..). yela, kawan memang ramai..tapi, lain org lain cara..cuma skarang ni aku ada jumpa sorg kawan kat opis aku yang sama perangai ngan Aini (kwn aku kat KYT)..so, i can be myself bila bersama dia..
Tapi, skarang ni aku rasa close sgt dengan kawan2 kat KYT bila ada FB ni..rasa mcm diorg depan mata je..rasa macam tengah lepak bawah pokok lepas kelas je( tempat kami slalu lepak masa kat KYT dulu..).
Kawan, aku xkan lupa kisah kita dulu dan aku harap sangat silaturrahim ni tak kan putus sampai mati.. untuk kawan2 yang aku ada ( x kira lama ke baru..) aku sayang korang semua!! ( aduss,,terlebih jiwang pulak..)!

Adios...

Wednesday, June 24, 2009

Denggi..

Salam semua,
Seminggu dua ni adalah minggu2 yang amat menyedihkan bagi aku..tanggal isnin (22.06.09), suami aku di sahkan positif denggi. Tapi still di peringkat awal. Aku risau sangat..banyak sangat penyakit yang menular sekarang ni..Husband aku dah lenguh2 seluruh badan..
Isnin malam tu pulak, anak aku palk demam..panas sungguh badannye...dengan kagetnye aku asyik sapukan kepalanye dengan air asam jawa..Biasala budak kalo demam..meragam jela..Kesian aku tengok husband yang dahla sakit2, anak plak nangis2..Dia kesian tengok anak kami..
Selasa (23.06.09), jam 8.30 kami pegi hospital checkup anak kami..bacaan platelet darahnye 139 kurang daripada normal..so, doktor suspect ada denggi jgk! Aduh, dugaan bertimpa2.. aku duk kat spital dari pukul 9am-12pm. Lepas tu husband aku kena check darah untuk 2nd round.. tapi on the way ke pusrawi pj sec.14 ( kena pg jgk kat c2 sbb dah ada rekod darah kat sane ). Bengang tol ngan pusrawi nih! lembab! ( mulala setan nak rasuk ni keadaan mcm ni). bayangkan test darah kul pagi tapi kul ptg br dapat result..tak ke hampeh tuh?
So, hari Rabu ( 34.06.09 ) bermula la kehidupan husband tercinta di Darul Ehsan Medical Centre..nasib baikla aku tau drive..jalan2 kat shah alam ni aku taula jugak walaupun takut2 berani nak drive nih! Selama 4 ari setengah aku ulang alik kat spital..dengan anak aku yang sakit lagi..macam campak pun ada jugak.. nasibla aku ada mak n bapak mertua yang sungguh baik hati..diorang datang dari kampung nak jaga anak aku..yela, cucu diorang..mane bleh biar je kan..
Keje? emph, dahla aku belom konpom lagi..so, UPL la jawabnye..7 ari tu..Tapi aku tak kesah sgt pasal duit bila dah jadi mcm ni..BIAR ILANG DUIT JANGAN ILANG LAKI!! Kah..Kah..Kah...
Time tula aku bleh tau sape kawan mase susah..sape sedara mare masa susah...takpela, aku tak harapkan ape2 pun..cuma tanya kabar pun xpela..aku terkontang kanting sorang2 kat cini..SEDIH PLAK!. sorang pun tak muncul...takut jangkit ke?? tak taula aku..
Lupa nak bagitau, dalam masa yang sama mak dan 2 org adik aku pun kena denggi lepas stay kat umah aku seminggu sebelum ni..Time tula aku rasa aku betol2 di uji..jadi, aku sentiasa pegang apa yang mak aku bagitau .." Allah akan selalu uji kita bila Dia sayang kat kita. tu maknanya kalo kita boleh handle ujian tu dgn hikmah, kita akan dapat pahala". bukan semua orang mcm tu tau! Harap2 aku tergolong dalam orang2 yang dapat pahala tu..
SEkarang ni semua ahli famili aku dah bebas denggi..Alhamdulillah... Aku harap semua orang akan berjaga2 dengan si nyamuk aedes ni..Boleh bawak maut!!! N untuk pengetahuan korang, aku sekeluarga dah tido dalam kelambu..Macam dolu2 tuh...
sekian..

* Tiada aedes tiada denggi!!

Sunday, June 21, 2009

SELAMAT HARI ABAH & AYAH!

Selamat Hari Bapa untuk abah ku yang berada di Rusila, Marang Ganu dan juga untuk ayah ku yang berada di Lepar Utara 1, Pahang..

Untuk abah, (versi ganu )
aboh, terima kasih banyok2 atah semua pengorbanang aboh untuk kami adik beradik...aboh banyok korbangkang (korbankan) pitih, penat leloh aboh sebak nok besorkang kami 8 beradik..terutamanya,Na yang banyok susohkang aboh.. doh la susohkang aboh, wak sakit ati aboh sokmo sebelom kawen dulu..tapi na harap aboh maafkang na sebab dulu na remaja lagi...dok panda pk lagi mane yang baik mane yang burok..
Yang paling aku tak boleh lupa, mase aku nak further study dulu..mak dan abah aku sanggup bergolok beradai sebab nak suruh aku study..sedih betol aku.. makan plak, abah aku sanggup pegi anto makanan kat aku sebab x de duit nak bagi duit belanja...sebab keadaan tulah, aku berjaya sampai dapat degree!
TERIMA KASIH BANYAK2 ABAH!


encik abdul malek mahmud
Untuk ayah, ( versi perlis..i try..)
Ayah, sifat cool ayah tu buat eena respek kat ayah..ape2 hal jadi pun ayah tetap cool..Dulu, masa mula2 kawen ngan anak ayah ( hubby akula ), eena tengok muka ayah serius sungguh! naik takut pun ada..Padahal..pergh! lawok sungguh ayah ku ini..kalo senbang je, mesti ada ayat2 lawok yang keluaq ( lupa plak nk loghat perlis, he..hentam jela). waaalaupun muka serius ayah tetap lawak!

Ayah, eena bangga jadi menantu ayah sebab ayah layan eena macam anak ayah sendiri..walaupun kadang2 eena ada jugak ter emo..ayah tetap cool..Eena sayang ayah!

encik hassim akob
Abah, ayah..eena mintak maaf banyak2 atas segala salah dan silap!
Emph, untuk hubby aku plak, ummi nak ucapkan selamat hari ayah untuk abah.. abah banyak berkorban untuk ummi dan a'qil.. ari ni, abah sambut hari bapa dengan x bermayala ye..Abah demam..so, celebrate kat umah jela.. ummi dan a'qil doakan abah cepat sembuh!


encik junaidi hassim
TO ALL FATHERS OUT THERE, HEPI FATHERS DAY! BE THE BEST FATHER FOR YOUR FAMILI!!! ADIOS!!


MY HERO !



Hero! ha, post aku kali ni berkenaan hero kesayangan aku n my hubby..Nama hero pujaan kami ni MUHAMMAD A'QIL IRSYAAD BIN JUNAIDI..Maksudnye, " Pemimpin yang bijaksana". aku harap anak sulong aku ni boleh jadi pemimpin yang berilmu dan berhemah untuk adik2nye nanti..bukan senang tau jadi anak sulong ni..besar tanggungjawabnye...dia kena tanggung dosa adik2 pompuannye selagi mereka belom kawen...( ish, terserius plak aku ni.. ) tp xpe, ilmu kan untuk di share2 kan...

Untuk mak ngah yang di rindui yang kat oman nu, nila gambo a'qil yang latest! ( ada lg..)emph, ngan ummi nye yang kiut jugak tuh! he..he..tp dah kembang sgt dah skang ni..

A'qil skang da nak masuk 10bulan..27hb ni 10bulan la..tapi still x bleh jalan.. xleh duduk pun lagi...just posing senget2 tu bleh la..Tapi, giginye dah tumbuh 4 batang tau! TADAAA.....
Ha, siap ngan lobang idung lagi a'qil pose! camane mak ngah? dah puas ati bleh tatap gambo a'qil nih? nila aksi2 genius hero kami ni..x larat jugak nak layan kerenahnye..

ops! a'qil dah bangun tido dah..babai!!!




Wednesday, June 17, 2009

babysitter...

Salam..jumpe lagi kita...

Mcm biasa, ari ni aku siap keje awal sket..so, sempat touch up page aku nih.. emph, nk ckp ape ye???

Ha, aku ni duk pk pasal pengasuh anak aku yg nak pindah umah kat banting bln 10 nih..emph, nampak gayanye kena cari pengasuh baru..setakat ni xde sorangpun yg aku jumpe..susah tol nk cr pengasuh kat area umh aku nih..smer jiran2 aku ada bibik..xkanla aku pun nk pakai bibik..fuyoo...mahal tuh nk bayo..lgpun aku x sukala ada org duk umh aku..x bebas..kalo umh beso bagak xpela jgk..

dah seminggu aku duk ushar2..yg aku jumpa smernye nursery...semalam, aku ada terjah satu nursery ni..kat area umh akula..dalam 12.30pm aku pegi..yela, time tu tgh bz kan..baby2 smer nk susu..kalo yg tu xpela, boleh dimaafkan lg.. tapi yg buat aku rasa x beselera nk tengok ni kat pengasuh2 kat nursery tuh..adala dlm 6 org..smernya muda2 lg..lepas spm kot..

muka masing2 mcm baru bgn tido..serabai..duk melangut tgk tv..sebelah pegang botol susukan baby, sebelah lg enjut2 bouncer tu..kalo enjut slow bleh terimala jgk tp mcm nk terpelanting budak tu di buatnye..aduh... kenapala diarg xpk ke..kepala baby tu tak boleh vibrate kuat sgt...

aku dh rejectla nursery tuh..tp ada 3 lg nursery kat area umh aku ni..mcm tu jgk ke cara jaga budaknye???
pening kepala aku...
ade sape2 ada suggestion x...

okla, balik dulu..
salammm...